CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 28, 2009

Salam Permulaan

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera buat semua pembaca.

Terima kasih kerana sudi menyinggah disini. Tujuan utama saya adakan blog ini adalah lebih kepada berkongsi khazanah jahitan yang turun temurun serta perkara-perkara yang berhubung dengan jahitan semata-mata.

Buat masa ini, saya masih baru dan akan cuba menampilkan diri di alam maya ini sekerap mungkin untuk bertemu dan berhubung dengan saudara/i semua.

Akhir kata, bak kata Hang Tuah 'Tidak Melayu Hilang di Dunia' begitu jugalah harapan saya. Akan saya cuba ketengahkan sebaik mungkin segala berkenaan khazanah dan kemahiran bonda saya, yang mengalir didalam diri ini.